suria

Foto Kontroversi Channing Tatum Tersebar

Channing Tatum.
Channing Tatum.
Channing Tatum.

FILEM terbaru pelakon kacak, Channing Tatum bertajuk Magic Mike yang berkisar mengenai lelaki yang bekerja sebagai penari bogel di kelab malam baru sahaja dilancarkan.

Tanpa disangka, filem yang penuh kontroversi arahan Steven Soderbergh itu mendapat ulasan positif daripada penonton di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun ia telah mengejutkan pelbagai pihak apabila gambar bogel Channing yang sedang bekerja sebagai penari bogel tersebar luas.

Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, foto tersebut adalah daripada zaman silam pelakon itu yang membuat pekerjaan sambilan bagi menampung kos pembelajarannya di universiti dengan menjadi penghibur untuk wanita kaya.

Menggunakan nama Chan Crawford, Channing bekerja di sebuah kelab malam di Florida selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan untuk keluar.

"Kehidupannya semasa di universiti sangat susah dan dia terpaksa menjadi penari bogel bagi menampung kos pembelajarannya," katanya.

Artikel Lain