suria

Mariah Carey Kembali Menyanyi Selepas Setahun Berehat

Mariah Carey
Mariah Carey
Mariah Carey

LONDON: Penyanyi Mariah Carey yang selesai menjalani tempoh berpantang dan berehat panjang dikhabarkan sudah kembali bekerja bagi menyiapkan lagu-lagu untuk album barunya.

Bintang berusia 42 tahun itu bercuti selama lebih setahun selepas melahirkan anak kembarnya, Moroccan dan Monroe pada April tahun lalu. Dia berkahwin dengan penyanyi Nick Cannon.

Kali terakhir Carey mengeluarkan album adalah pada 2010 iaitu Merry Christmas II You.

Pada Disember tahun lalu, dia bekerjasama dengan bintang remaja Justin Bieber dalam lagu hit yang dirakamkan semula berjudul All I Want For Christmas Is You.

Laman web femalefirst.co.uk melaporkan, Carey mengemas kini dalam status Twitter miliknya yang dia kini kembali bekerja selepas berehat panjang.

“Musim panas 2012... Berada dalam studio rakaman, sedang mengadun lagu baru untuk anda (peminat), harap anda menyukainya!

“Masih bekerja bersama ramai kenalan saya! Saya menyukai lagu terbaru ini,” katanya dalam kemas kini Twitter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain