suria

Jennifer Lawrence Panik Nenek Pengsan Depan Rumah

Jennifer Lawrence dalam salah satu babak filem The Hunger Games.
Jennifer Lawrence dalam salah satu babak filem The Hunger Games.
Jennifer Lawrence dalam salah satu babak filem The Hunger Games.

PELAKON filem Hunger Games, Jennifer Lawrence gagal memberikan sebarang bantuan selepas seorang warga emas jatuh pengsan berdekatan kawasan rumahnya.

Dailymail melaporkan, aktres tersebut dikatakan terkejut dengan kejadian itu sehingga panik sebelum beberapa orang di kawasan sekitar datang memberikan bantuan.

"Dia bukannya enggan membantu tetapi Jennifer panik apabila wanita tersebut tiba-tiba rebah di hadapannya sehingga membuatkan dia panik," ujar sumber ketika kejadian.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, semasa orang ramai datang membantu wanita malang itu, Jennifer telah menghubungi paramedik untuk membawa mangsa ke hospital.

Ketika kejadian, Jennifer sedang bersiar-siar di kawasan sekitar rumahnya yang terletak di Santa Monica bersama ibu dan anjing kesayangannya sebelum wanita tersebut yang berjalan ke arahnya tumbang tidak sedarkan diri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain