suria

Kereta Will.I.Am Dirampas Polis

Will.I.Am
Will.I.Am
Will.I.Am

LOS ANGELES: Kereta kepada penyanyi Will.I.Am dirampas oleh pihak polis selepas penyanyi itu gagal mengemukakan dokumen kereta itu.

Anggota kumpulan rap Black Eyed Peas itu ditahan selepas memandu kereta yang ditempah khas itu di sekitar bandar Hollywood.

Laman EOnline.com melaporkan, penyanyi itu ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen kereta itu kerana ia masih belum didaftarkan dan tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Ketika ditahan, Will.I.Am berkata kepada pegawai polis terbabit, dia menyedari kesalahan kerana memandu kereta yang belum didaftarkan namun dia tidak mampu mengawal keinginannya untuk memandu kereta itu.

Kereta itu kemudiannya dirampas oleh pihak berkuasa berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain