suria

Kerjaya Britney Spears Dijangka Merundum

Britney Spears.
Britney Spears.
Britney Spears.

KERJAYA penyanyi terkenal, Britney Spears dijangka merosot akibat tekanan yang bakal dihadapi sebagai juri tetap program X-Factor.

Majalah Us Magazine melaporkan sumber memberitahu dia tidak akan dapat bertahan dengan tekanan duduk di kerusi juri kerana tanggungjawab itu adalah sangat berat.

"Melihat daripada cara dia menghadapi tekanan ketika masalah penceraian dahulu, rasanya masyarakat akan meragui sama ada dia boleh bertahan atau tidak dengan tekanan program tersebut.

"Dia kelihatan sangat gugup, cemas dan nampak seperti tidak percayakan kepada diri sendiri," ujar sumber tersebut kepada majalah itu.

Malah kata sumber tersebut, tunangnya iaitu Jason Trawick dan keluarganya tidak yakin dengan kebolehan Britney tetapi mereka mahu memberi peluang kepadanya membuktikan diri kepada masyarakat dan peminat.

Artikel Lain