suria

Paris Hilton Nafi Ada Masalah Hubungan Cinta

Paris Hilton dan Afrojack telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.
Paris Hilton dan Afrojack telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.
Paris Hilton dan Afrojack telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.

KHABAR angin mengenai keretakan hubungan cinta antara Paris Hilton dan kekasihnya, DJ Afrojack mula bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun menurut laporan Us Magazine, Paris membuat penjelasan menerusi jurucakapnya bahawa hubungan kedua-dua mereka masih lagi baik dan tiada apa-apa masalah pun yang timbul.

"Paris dan Afrojack adalah teman baik dan saling mencintai antara satu sama lain, tiada apa-apa yang berubah," kata jurucakap Paris, Rabu.

Hal yang sama juga yang dikatakan oleh jurucakap Afrojack dan menganggap khabar angin itu sengaja diperbesarkan untuk dijadikan isu panas.

"Tak sudah-sudah hal ini (putus cinta) dimainkan media. Saya dan Paris hampir setahun berkasih dan sehingga kini masih lagi berhubungan baik. Lain kali dengar sahaja kenyataan saya terus," ujar Afrojack menerusi entri Twitter miliknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain