suria

Ibu Lindsay Lohan Terbitkan Program Realiti

Lindsay (kiri) dan ibunya Dina Lohan.
Lindsay (kiri) dan ibunya Dina Lohan.
Lindsay (kiri) dan ibunya Dina Lohan.

LONDON: Ibu kepada bintang bermasalah Lindsay Lohan iaitu Dina Lohan bakal menerbitkan program realiti berjudul DramaMamas mengenai ibu bapa yang berusaha untuk melonjakkan karier seni anak mereka.

“Tiada apa yang lebih penting melainkan ibu bapa berdiri di belakang anak-anak dalam mencapai impian mereka,” katanya seperti dipetik laman web femalefirst.co.uk.

Program itu bakal memaparkan liputan dan kisah di belakang tabir syarikat teater, The White Plains Performing Arts Center dalam mengasah dan melatih bakat-bakat pelapis.

Produksi program itu akan memulakan penggambaran pada hujung minggu ini dan dijangka disiarkan pada musim panas depan.

Ironinya, masih tiada pengesahan daripada mana-mana rangkaian televisyen yang berminat untuk membeli program itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain