suria

Philip Philips Beli Kereta Untuk Bapa Kerana Menang American Idol

Philip juara American Idol 2012.
Philip juara American Idol 2012.
Philip juara American Idol 2012.

SEBAGAI seorang anak, tiada ada apa yang salah jika ingin membahagiakan keluarga sehingga membuatkan juara American Idol 2012, Philip Philips membelikan sebuah kereta baru untuk bapanya.

Philip yang berusia 21 tahun itu telah membeli kenderaan tersebut dengan harga hampir RM500,000 selepas memenangi pertandingan itu.

"Dia telah lama berhasrat untuk membelikan sebuah kereta untuk bapanya dan kemenangan itu merealisasikan impiannya," ujar sumber terdekat penyanyi itu.

Dia yang berjaya mengalahkan Jessica Sanchez turut menerima kontrak bernilai RM1 juta untuk menghasilkan album pertama.

Bagaimanapun, Jessica kurang bernasib baik apabila dia gagal mendapatkan sebarang tawaran merakamkan album kerana pihak produksi tidak mahu mengambil risiko album itu nanti tidak akan terjual seperti mana terjadi kepada peserta musim sebelumnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain