suria

ALBUM BARU: Pulse of The Charts - 2012 The Hottest

ALBUM: Pulse Of The Charts, 2012 The Hottest

ARTIS: Variasi Artis

EDARAN: Universal Music

PULSE Of The Charts, 2012 The Hottest yang menampilkan 20 lagu antarabangsa popular ini mungkin jawapan kepada anda yang mencari-cari sebuah album yang mengandungi pelbagai lagu rancak dan terkini.

Album kompilasi edaran Warner Music Malaysia ini menampilkan lagu-lagu popular di carta-carta radio antaranya Party Rock Anthem nyanyian LMFAO (menampilkan Bennet &Goonrock), Moves Like Jagger (Maroon 5 & Christina Aguilera), Don't Stop The Party (The Black Eyed Peas), Love You Like A Love Song (Selena Gomez), Papi (Jennifer Lopez), Cheers (Rihanna), If I Die Young (The Band Perry), Skyscraper (Demi Lovato), Good Life (One Republic) dan Glad You Came (The Wanted).

Selain itu lagu Fly (Nicky Minaj & Rihanna), In The Dark (Dev), Unfriend You (Greyson Chance), Just In Love (Joe Jonas), How To Love (Lil'Wayne), So What? (Far East Movement), Born To Be Somebody (Justin Bieber), You And I (Lady Gaga) dan The Book Of Morris Johnson (Zee Avi) turut dimuat dalam album tersebut.

Berbaloi atau tidak memiliki album ini, jawapannya adalah ya kerana Pulse Of The Charts, 2012 The Hottest mampu mengekalkan momentum pendengaran anda tanpa perlu melangkaui trek.

Satu pengalaman yang boleh dikongsikan adalah ia akan membuatkan anda hendak menari dan menggoyangkan kepala apabila mendengarkan satu persatu lagu yang dihidangkan.

Jadi, tidak rugi sekiranya anda memiliki album ini kerana ia pasti membuatkan anda akan teruja dengan lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain