suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Levine (Maroon 5) Benci Program Realiti

Adam Levine
Adam Levine
Adam Levine

LONDON: Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine berkata kehidupannya gembira kerana dia tidak berminat untuk menonton program realiti televisyen.

Laman web contactmusic.com melaporkan, Levine berkata dia tidak meminati program Keeping up with the Kardashians kerana menganggap program itu terlalu biasa dan tidak unik.

Apabila ditanya adakah dia menonton program itu, Levine menjawab: “Tidak kerana saya tidak ambil peduli! Saya tidak menontonnya dan kehidupan saya gembira dan bahagia kerana tidak menonton program sebegitu.

“Persoalannya adalah bukan kerana saya tidak menghormati penghasilannya (program realiti), cuma saya menggemari sesuatu yang mempunyai nilai seni. Saya tidak perlu menonton kisah seseorang pergi ke pasaraya.

“Sejujurnya, kenapa kita perlu ambil peduli mengenai paparan kisah seseorang pergi ke pasaraya walhal kita boleh melakukannya sendiri,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain