suria

Justin Bieber Takut Suasana Gelap

Justin Bieber
Justin Bieber
Justin Bieber

WALAUPUN sudah semakin dewasa, ada satu perkara yang cukup memalukan buat penyanyi muda, Justin Bieber kerana sehingga kini dia takut kepada suasana gelap.

Ayahnya, Jeremy Bieber berkata, dek kerana ketakutan itu, Bieber sering tidur dalam keadaan terang tanpa menutup lampu.

"Sehingga kini dia tidur bersama lampu yang terbuka kerana risau tidak dapat melihat apa-apa apabila bergelap.

"Sehingga kini dia tidak boleh mengatasi masalah ketakutan itu," katanya kepada Contactmusic.

Sementara itu, Justin memberitahu, walaupun takut bergelap, satu perkara yang tidak pernah diabaikannya ialah berdoa sebelum tidur.

"Saya akan berdoa kepada Tuhan untuk melindungi diri dan orang yang saya sayangi.

"Rutin berdoa itu bukan sahaja dilakukan sebelum tidur, tetapi ketika di siang hari atau saat dilanda masalah. Doa adalah terapi terbaik buat diri saya.

Saya percaya tanpa Tuhan, saya tidak akan mencapai kejayaan seperti yang dimiliki sekarang ini," ujar kekasih kepada Selena Gomez ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain