Anak Angkat Ogy Sudah Pandai Berlakon - Hiburan | mStar

Anak Angkat Ogy Sudah Pandai Berlakon

Ogy Datuk Ahmad Daud
Ogy Datuk Ahmad Daud

SHAH ALAM: Aktres Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) berkata dia terkejut melihat tingkah laku anak angkatnya Nur Aishah Aminah, 4, yang mula menunjukkan minat terhadap bidang seni.

Ogy, 50, berkata kecenderungan anak perempuannya itu semakin terserlah sejak kebelakangan ini ketika sedang aktif membesar.

“Inilah namanya kuasa Allah. Walaupun Aminah bukan darah daging saya tetapi mungkin kerana saya menjaganya sejak dia lahir, dia mula menunjukkan kecenderungan untuk meminati bidang seni.

“Bayangkan, pada usia empat tahun dia sudah boleh berlakon. Malah, saya sangat terkejut melihat sikap dan gayanya yang seperti saya.

“Dia mula menunjukkan bakat di depan saya dengan mengajuk aksi saya dalam iklan Mentor 6 di televisyen. Saya sangat terkejut melihat keletahnya itu,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya adakah dia akan menggalakkan Aminah untuk menuruti jejak langkahnya dalam bidang seni, Ogy berkata dia akan memberikan kebebasan kepada anak itu untuk memilih lapangan yang diminatinya kelak.

“Tengoklah nanti bagaimana, kalau dia minat (bidang seni), saya tiada masalah tetapi pelajaran dan ilmu agama mesti lengkap. Itu adalah perkara yang paling penting untuk bekalannya,” katanya.

Diusik pula mengenai teman hidup, Ogy berkata kesibukannya dengan urusan membesarkan anak dan kerjaya telah membatasi waktunya untuk memikirkan soal jodoh.

“Macam mana hendak fikir soal jodoh, tengoklah hari-hari jadual saya padat dengan hal anak dan kerja dari siang sampai ke malam. Buat masa ini, saya berasa bahagia dengan kehidupan kami dua beranak,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Ogy berkata selain komitmen sebagai mentor bagi protege Zatul untuk program Mentor 6, dia juga terlibat dalam proses pra-produksi filem Putera arahan Bob Singah.

“Selain Mentor 6, saya menggalas peranan sebagai guru lakonan kepada para pelakon filem Putera. Malah, saya akan berlakon dalam filem itu apabila ia memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Perniagaan tudung dan pakaian masih lagi berjalan seperti biasa kerana ia tidak memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia adalah perniagaan dalam talian,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL