suria

Jennifer Lopez Terancam Dengan Britney Spears

Jennifer Lopez.
Jennifer Lopez.
Jennifer Lopez.

SIAPA yang tidak mengenali Jennifer Lopez dan reputasinya sebagai penghibur terkenal Hollywood? Namun di sebalik popularitinya itu, ibu kepada dua cahaya mata itu dikatakan berasa terancam dengan Britney Spears.

Bintang berusia 42 tahun ini rupanya-rupanya rasa terancam dengan pemilihan Britney sebagai juri program realiti X-Factor.

Bagi Jennifer, kolaborasi antara Britney dan Demi Lovato dalam program itu akan menyebabkan rancangan yang disertainya iaitu American Idol akan menerima tempias.

"Saya berasa sedikit takut kerana Britney mempunyai pengaruh yang besar dan akan banyak tekanan yang perlu kami hadapi selepas ini," katanya.

Namun begitu, juri American Idol ini tetap berfikiran positif dan menganggap kehadiran Britney dalam X-Factor tidak akan menggagu rating program yang disertainya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ady Putra Sah Fail Cerai

Artikel Lain