suria

Ibu Terpaksa Awasi Pergerakan Rihanna

Rihanna bersama ibunya, Monica Fenty.
Rihanna bersama ibunya, Monica Fenty.
Rihanna bersama ibunya, Monica Fenty.

SEJAK kebelakangan ini, kelakuan nakal Rihanna mendapat perhatian ramai, termasuklah orang tuanya dan hal tersebut membuatkan ibunya Monica Fenty membuat keputusan untuk mengawasi pergerakannya.

Menurut laporan The Sun, Monica begitu prihatin dengan keadaan anaknya itu yang tidak henti-henti menimbulkan kontroversi selain gemar berpesta sehingga membuatkan Monica tidak senang hati.

Kerana itu, Monica mengambil keputusan untuk mengikuti setiap pergerakan Rihanna dan menerusi pengawasan ketat yang dibuat, dia berharap keadaan penyanyi lagu We Found Love itu lebih baik.

"Monica benar-benar mengawasi setiap pergerakan Rihanna. Dia risau sekiranya Rihanna terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti suaminya," kata sumber.

Bukan setakat itu sahaja, Monica turut menjadi guru masakan yang setia mengajar anaknya memasak makanan berkhasiat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain