suria

Keluarga Kardashians Di Ambang Perpecahan?

Kris (tengah) bersama lima anak perempuannya dikatakan mengalami masalah perselisihan faham.
Kris (tengah) bersama lima anak perempuannya dikatakan mengalami masalah perselisihan faham.
Kris (tengah) bersama lima anak perempuannya dikatakan mengalami masalah perselisihan faham.

SEJAK Khloe Kardashian keluar daripada program realiti Keeping Up With The Kardashians, keluarga Kardashian dikatakan mengalami perpecahan.

Menurut laporan Touch Weekly, setelah perseteruan antara Khloe dan ibunya, Kris Jenner, kini Kim dan Kourtney juga terlibat dengan masalah yang sama.

Hal tersebut tersebar apabila seorang sumber mendedahkan majlis tertutup yang diadakan oleh Kris pada 22 April lalu berakhir dengan air mata lebih-lebih lagi apabila Khloe serta Kim tidak hadir, hanya Kourtney dan kekasihnya, Scott Dissick mucul di majlis tersebut.

Kemudian, Kris dan Kourtney pula telibat dengan perang mulut. Kourtney yang biasanya sering menurut kata Kris nampaknya mula berani berlawan dengan ibunya yang ketika itu mengungkit tentang jasanya mengasuh anak Kourtney, Mason.

Bagaimanapun, pada Khamis, Kris memberi kenyataan berlawanan tentang hal ini.

Kris menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah mempunyai perselisihan faham.

"Sekali lagi cerita aneh timbul tentang kami. Saya tidak pernah mengadakan sebarang majlis tertutup pada tarikh yang dimaksudkan itu sebaliknya seluruh keluarga sedang menjalani penggambaran di New York untuk Keeping Up The Kardashians, dan pada masa sama kami menghabiskan masa bersama," kata ibu kepada enam orang anak di laman blog peribadinya.

Artikel Lain