suria

Kristen Stewart Cedera Ketika Penggambaran ‘Twilight’

Kristen Stewart
Kristen Stewart
Kristen Stewart

LOS ANGELES: Aktres Kristen Stewart dilaporkan mendapat kecederaan pada bahagian kaki ketika penggambaran filem sekuel The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2, baru-baru ini.

Difahamkan, Stewart mendapat kecederaan tersebut ketika penggambaran bagi adegan untuk watak Bella Swan yang pergi berburu buat pertama kalinya sebagai puntianak.

“Babak pemburuan pertama Bella itu sangat penting. Saya hanya mahu berikan yang terbaik. Kami semua mahukan yang terbaik daripada babak itu,” katanya yang dipetik dailystar.co.uk.

Filem kelima bagi francais filem itu dijangka ditayangkan pada November depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain