suria

Justin Timberlake Nampak Dungu Semasa Bersama N Sync

Justin Timberlake
Justin Timberlake
Justin Timberlake

LOS ANGELES: Penyanyi Justin Timberlake mengakui penampilannya ketika bersama kumpulan pop N Sync sebelum ini membuatkan dia kelihatan seperti seorang yang dungu.

“Terlalu banyak detik ketika usia remaja saya bersama N Sync yang membuatkan saya nampak pelik.

“Dalam usaha untuk mengikut stail dan tema yang ditentukan untuk kumpulan itu, akhirnya saya kelihatan seperti orang dungu,” katanya seperti dipetik showbizspy.com.

Penyanyi berusia 31 tahun itu berkata kebanyakan lelaki pada era moden terlalu bergantung kepada produk kecantikan sehingga membuatkan mereka tampil pelik.

“Saya tidak suka melihat lelaki yang menyapu gel secara berlebihan pada rambut mereka.

"Apabila anda menggunakan terlalu banyak gel rambut sehingga membuatkan rambut anda kelihatan seperti ukiran, bukankah itu pelik?” katanya lagi.

Artikel Sebelum

Ogy Selesa Hidup Solo

Artikel Lain