suria

Russell Brand Jalin Hubungan Dengan Bekas Kekasih David Hasselhoff

Russell dengan kekasih barunya, Anouska de Geourgiou.
Russell dengan kekasih barunya, Anouska de Geourgiou.
Russell dengan kekasih barunya, Anouska de Geourgiou.

PERPISAHAN dengan Katy Perry beberapa bulan lalu nampaknya tidak meninggalkan kesan kepada Russell Brand kerana pelawak dari London itu dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita selepas bercerai.

Pernah kecoh dikatakan bercinta dengan Nikolett Barabas, Russell rupanya sudah mempunyai pengganti iaitu bekas kekasih David Hasselhoff.

Russell dikatakan menjalinkan hubungan dengan Anouska de Georgiou sejak akhir bulan lalu selepas bertemu dengannya di sebuah majlis di Los Angeles.

Selain Russell dan David, Anouska yang juga bekas model Playboy pernah bercinta dengan Jared Leto, Lee Ryan dan Mick Hucknall.

"Anouska mempunyai potensi untuk berjaya di Hollywood kerana dia sangat bercita-cita tinggi. Pasangan itu juga cukup serasi kerana mempunyai sikap dan minat yang sama," ujar sumber.

Artikel Lain