suria

Rihanna Cari Lelaki Berbau Wangi

Rihanna
Rihanna
Rihanna

LONDON: Jika kebanyakan wanita lebih teruja mencari lelaki kacak, penyanyi Rihanna pula mendedahkan dia mencari seorang lelaki yang mempunyai bau badan yang menyenangkan.

“Kalau anda mempunyai wajah yang kacak, belum tentu saya akan terpikat tetapi jika anda mempunyai bau yang harum, saya pasti tertawan.

“Lelaki-lelaki yang keluar dengan saya tidak boleh berlalu pergi selagi saya belum mengenalpasti wangian yang mereka pakai.

“Saya mahu mereka yang mempunyai bauan yang menyenangkan seperti apabila mereka bangun, anda tahu itu adalah bau mereka,” katanya seperti dipetik Daily Star.

Penyanyi kelahiran Barbados itu turut mengakui dia mahu menambahkan berat badannya.

“Saya tidak bimbang dengan pengambilan makanan kerana saya mahu menambahkan berat badan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain