suria

Jessica Simpson Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Jessica Simpson.
Jessica Simpson.
Jessica Simpson.

PENYANYI Jessica Simpson telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Selasa di sebuah hospital di Los Angeles disamping adiknya, Ashlee Simpson dan ibu mereka, Tina.

Jessica dan tunangnya Eric Johnson sepakat memilih nama Maxwell Drew Johnson untuk anak mereka yang dilahirkan dengan berat empat kilogram secara normal itu.

Sepanjang mengandungkan Maxwell, berat badan Jessica mengalami pertambahan berat badan yang amat ketara akibat daripada terlalu banyak cecair yang mengelilingi bayinya.

Sebelum ini, penyanyi itu enggan mendedahkan mengenai kandungannya bagaimanapun pada November tahun lalu dia mengakui sedang mengandung anak kekasihnya itu.

Jessica pernah berkahwin dengan Nick Lachey pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2006. Selepas Lachey, Simpson juga keluar dengan pemuzik John Mayer, namun berpisah sembilan bulan kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain