Ekin Terharu Mawi Banyak Bantu Uruskan Anak - Hiburan | mStar

Ekin Terharu Mawi Banyak Bantu Uruskan Anak

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Asmawi Ani atau Mawi iaitu Nora'Asikin Rahmat (Ekin) memberitahu dirinya cukup bertuah apabila suaminya itu banyak membantu menguruskan anak perempuan mereka iaitu Cahaya Malaika tanpa perlu disuruh.

Ekin berkata, suaminya itu banyak berjaga pada waktu malam jika anaknya itu terbangun dari tidurnya dan menemani Cahaya yang baru berusia dua bulan sehingga dia tidur.

"Tiada apa yang boleh saya minta dari suami kerana sokongan dan bantuannya dalam menjaga anak adalah diluar jangkaan saya.

"Ia juga telah mengeratkan hubungan kami suami isteri dan kami sama-sama belajar bagaimana ingin membesarkan anak," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa menghadiri majlis persandingan pelakon dan penyanyi Watie dan Azza (Elite) di sini pada Selas.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan dirinya sebagai seorang ibu, Ekin berkata walaupun pada mulanya agak kekok tetapi dia sudah mula membiasakan diri untuk menguruskan anaknya itu.

Tambah Ekin, ibu dan neneknya juga banyak membantu dalam menguruskan Cahaya selain memberi tips berguna sebagai panduan buat ibu baru sepertinya.

"Masa mula-mula dulu nak mandikan dia pun rasa tak yakin kerana takut terjadi apa-apa tetapi mak dan nenek banyak membantu menguruskan Cahaya," katanya.

Ekin selamat melahirkan Cahaya pada 28 Februari lalu di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini.

Dalam pada itu, Ekin berkata, dia sangat seronok telah bergelar ibu dan segala penat lelah semasa mengandungkan anak perempuannya itu terbayar apabila dapat melihat gelagat Cahaya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

"Perasaan seronok bergelar ibu tu sukar untuk digambarkan tetapi apa yang pasti saya tidak mahu berenggang dengan Cahaya dan sentiasa mahu bersamanya," katanya.

Sementara itu, Ekin memberitahu dia tidak menggunakan susu formula untuk menyusukan Cahaya sebaliknya mengamalkan pemberian susu badan sepenuhnya.

Ekin memberitahu, dia bukan tidak percaya kepada susu formula tetapi yakin khasiat yang terkandung dalam susu ibu tersebut sudah memadai untuk anaknya itu.

"Sekarang ni tak boleh sesuka hati keluar rumah kerana anak menyusu badan malah saya sendiri pun sentiasa berat hati untuk meninggalkannya di rumah bersama ibu dan nenek.

"Jika terpaksa keluar saya akan pastikan bekalan susu badan mencukupi dan cuba balik ke rumah secepat yang mungkin," ujarnya.

Artikel Sebelum

Bob Kuman Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain