suria

Katie Holmes Dilaporkan Mengandung

SELEPAS sekian lama membesarkan Suri yang berusia enam tahun, Katie Holmes dikhabarkan bakal menambah seorang lagi cahaya mata bagi menyerikan lagi keluarganya di samping Tom Cruise.

Menurut laporan Dailymail, majalah Star melaporkan kenyataan wanita berusia 33 tahun itu yang kini sedang hamil dan berita tersebut dianggap lebih sahih apabila Katie kerap menyebut dia tidak sabar untuk menimang anak lagi.

Selepas khabar angin itu sudah dilaporkan, jurucakap Katie dan Tom terus membuat kenyataan bahawa ia adalah satu tuduhan palsu.

"Dia tidak hamil. Kenapa pihak media ini sukar untuk mendapatkan sumber yang sahih. Seperti biasa, majalah itu telah berbohong,” kata jurucakap berkenaan.

Pada tahun lalu Katie telah menyaman majalah Star sebanyak RM150 juta (USD$50 juta) gara-gara menulis artikel palsu yang kononnya dia obses dengan ubat-ubatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain