suria

Megan Fox Mengaku Sedang Hamil

Megan Fox dan suami, Brian.
Megan Fox dan suami, Brian.
Megan Fox dan suami, Brian.

KHABAR angin mengenai kehamilan pelakon Megan Fox telah tercetus sejak bulan Mac lalu, namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh tuan punya badan kepada media.

Bagaimanapun, bintang filem Transformers tersebut akhirnya membuat pengakuan itu kepada E! News bahawa dirinya sedang mengandung anak sulung dengan suaminya, Brian Austin Green.

Selain membuat pendedahan itu, Megan turut memberitahu dia dan suami inginkan beberapa orang anak lagi kerana suka dengan keluarga yang besar.

"Saya ingin mempunyai anak lagi selepas ini kerana suka kepada keluarga yang besar dan ingin menjadi ibu yang baik kepada mereka," ujarnya.

Megan dan Brian berkahwin pada bulan Jun 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain