suria

Rebut Hadiah Pertandingan 'Lockout' mStar Online

Guy Pearce dalam "Lockout".
Guy Pearce dalam
Guy Pearce dalam "Lockout".

PETALING JAYA: Filem Lockout lakonan Guy Pearce merupakan sebuah filem aksi dan fiksyen yang menarik arahan James Mather dan Stephen St. Leger yang telah berada di pawagam sejak 19 April lalu.

Dalam satu tayangan gala filem itu yang diadakan di Tropicana Mall di sini pada minggu lalu, beberapa artis dan selebriti turut diberi peluang untuk menonton filem berkenaan bersama kira-kira 150 penonton bertuah.

Antara selebriti yang hadir ialah Winnie K, Julia Ziegler, Nadine Ann Thomas,, Ben Ibrahim, Andrea Fonseka serta penyampai radio Red FM, Serimah Ibrahim, Mynn, Terry dan Linora.

Penyanyi, Winnie yang hadir bersama pembantu peribadinya berkata Lockout merupakan sebuah filem aksi yang harus ditonton oleh peminat filem-filem aksi.

"Rasa seronok sangat dapat meluangkan masa bersama penonton-penonton bertuah ini. Filem ini juga merupakan filem yang sangat bagus dan harus ditonton," katanya.

Selain itu pelakon Julia Ziegler yang tampil dengan gaya santai berkata jalan cerita Lockout membuatkan penonton tidak sabar ingin mengetahui plot akhir filem itu.

"Ia merupakan filem yang sangat menarik. Tambah pula plot ceritanya tidak meleret dan lakonan pelakon-pelakonnya sangat mantap dengan gaya aksi yang tersendiri," ujarnya.

Lock Out mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Snow (Guy Pearce) yang telah dituduh atas kesalahan yang tidak dilakukannya iaitu membuat pengintipan terhadap Amerika Syarikat.

Dia ditawarkan kebebasan sekiranya berjaya menyelamatkan anak perempuan Presiden daripada sebuah penjara di angkasa lepas yang telah diambil alih oleh banduan yang sangat berbahaya.

Diarahkan oleh James Mather dan Stephen St. Leger, selain Guy Pearce dan Maggie Grace, Lockout dibarisi oleh pelakon Peter Stormare, Lennie James, Joseph Gilgun dan Vincent Regan.

Menangi hadiah menarik dalam peraduan Lockout mStar Online

Bersempena tayangan filem Lockout di pawagam bermula 19 April lalu, pihak mStar Online dan RAM Entertainment melakukan kerjasama dengan memperkenalkan peraduan filem berkenaan sebagai hadiah kepada penonton.

Caranya mudah. Jadilah pembaca terawal menghantar e-mel dengan menyertakan slogan menarik beserta butir-butir peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan.

Untuk melihat syarat-syarat peraduan bolehlah klik kepada peraduan Lockout mStar yang terdapat di halaman mStar Online atau klik pautan ini: http://mstar.com.my/peraduan/lockout/

Jadilah pembaca bertuah untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tarikh tutup peraduan ialah pada 29 April 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain