suria

Rihanna Tidak Ditawarkan Watak Whitney Houston

Rihanna
Rihanna
Rihanna

LOS ANGELES: Penyanyi Rihanna mendedahkan dia tidak ditawarkan untuk memainkan watak Whitney Houston dalam filem biografi Superstar itu sebagaimana yang kecoh diperkatakan sebelum ini.

Bagaimanapun, Rihanna mengakui dia berminat untuk menggalas watak itu jika diberi peluang.

Penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dia semakin berminat untuk membawakan watak mendiang selepas membintangi filem aksi Battleship.

“Saya tidak mendengar sebarang perkembangan mengenai tawaran watak itu. Jika saya berpeluang untuk memainkan watak biografi seseorang, sudah tentu watak sebagai Whitney menjadi pilihan.

“Saya hanya mendengar spekulasi kononnya saya akan ditawarkan watak itu tetapi tiada apa-apa tawaran buat masa ini,” katanya seperti dipetik laman web showbizspy.com.

Penyanyi lagu We Found Love itu menambah dia turut berminat untuk mencuba genre filem yang berbeza pada masa akan datang.

"Saya berminat untuk mencuba filem komedi juga. Saya suka genre itu,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain