suria

Lady Gaga Tidak Belanjakan Wang

Lady Gaga.
Lady Gaga.
Lady Gaga.

DENGAN jadual konsert yang padat sudah tentu pendapatan penyanyi berimej pelik, Lady Gaga cukup lumayan.

Namun di sebalik kekayaan yang dimilikinya, penyanyi ini mengakui tidak pernah menggunakan wang miliknya untuk kepentingan peribadi.

Gaga memberitahu dia hanya pernah membeli sarung kaki untuk dirinya dan keadaan itu telah menimbulkan curiga kepada pengurusnya sendiri.

"Saya tidak menyertai bidang nyanyian kerana wang tetapi saya mahu menikmati kehidupan yang indah," katanya.

Hingga saat ini, Gaga masih tinggal di sebuah apartmen kecil yang didiaminya sebelum bergelar artis.

Artikel Lain