suria

Katy Perry Mahu Berbaik Dengan Bekas Suami

Katy dan bekas suaminya Russell.
Katy dan bekas suaminya Russell.
Katy dan bekas suaminya Russell.

SELEPAS rasmi bercerai pada awal Januari lalu, Russell Brand dan Katy Perry telah mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan masing-masing seperti biasa.

Katy seperti biasa dengan karier nyanyiannya dan Russell memilih untuk kembali ke London meneruskan kerjayanya sebagai pelawak.

Namun khabar terbaru melaporkan Katy sebenarnya masih sukar melupakan bekas suaminya itu dan berharap dia dapat berbaik-baik dengan Russell.

"Katy masih berharap agar Russell kembali kepadanya. Saat ini dia seperti kehilangan arah.

"Dia sangat rindukan Russell dan kunjungannya ke India baru-baru ini telah menimbulkan banyak kenangan lama bersama bekas suaminya," kata sumber terdekat penyanyi itu kepada majalah Us Weekly.

Sumber itu juga memberitahu, walaupun hubungan mereka kini tidak lagi boleh diselamatkan, namun keduanya masih mahu mencuba untuk menjadi kawan baik.

Artikel Lain