suria

Vokalis Maroon 5 Tersentuh Jennifer Love Hewitt Suka Padanya

Adam Levine
Adam Levine
Adam Levine

LOS ANGELES: Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine berkata dia tersentuh apabila mendapat tahu aktres jelita Jennifer Love Hewitt memendam perasaan terhadapnya.

“Ia sangat menyentuh perasaan. Ia sesuatu yang indah untuk didengar. Tapi saya tidak mahu perkara itu mengganggu fikiran,” katanya seperti dipetik laman web femalefirst.co.uk.

Hewitt yang dilaporkan putus cinta dengan aktor Jarod Einsohn pada bulan lalu, kini dikatakan mula meluahkan hasrat hatinya terhadap penyanyi itu pula.

“Saya baru terbaca pada dua hari lepas bahawa Adam kini berstatus solo... saya cuma meluahkan perasaan di dalam hati. Kalau benar kami menjalin hubungan, ia pasti menarik,” kata aktres itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain