suria

Nicki Minaj Jadikan Madonna Inspirasi

Madonna dan Nicki Minaj ketika mengadakan persembahan.
Madonna dan Nicki Minaj ketika mengadakan persembahan.
Madonna dan Nicki Minaj ketika mengadakan persembahan.

PENYANYI rap, Nicki Minaj menjadikan ratu pop, Madonna sebagai inspirasinya dalam bidang nyanyian.

Menurut Nicki, dia bukan sahaja kagum dengan kejayaan penyanyi itu yang dapat bertahan selama 30 tahun dalam bidang nyanyian tetapi turut menjadikan Madonna sebagai idola.

"Madonna bukan hanya sukses sebagai penyanyi tetapi juga bijak mengimbangi kehidupan selebriti dan peribadinya," ujarnya.

Nicki yang terkenal dengan lagu “Superbass” itu baru-baru ini muncul bersama Madonna dalam lagu Give Me All your Luvin dalam album terbaru diva itu berjudul MDNA.

"Dapat bekerjasama dengan Madonna adalah seperti mimpi yang tidak mungkin akan terjadi.

"Dia juga telah memberi motivasi kepada saya untuk terus melangkah maju sebagai seorang penyanyi," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain