suria

Lily Allen Mahu Tambah Anak

Lily Allen
Lily Allen
Lily Allen

DIANUGERAHI seorang anak benar-benar membuatkan penyanyi Inggeris, Lily Allen bahagia dan untuk menambahkan lagi kebahagiaannya, Lily merancang untuk menambah seorang lagi anak dengan segera.

Menurut sumber, Lily yang pernah keguguran untuk beberapa kali sebelum ini cukup bahagia menjaga anak perempuan sulungnya, Ethel Maria, sehinggakan dia tidak merasakan satu bebanan untuk menjaga anaknya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.

"Lily cukup bahagia. Walaupun terpaksa melalui bahagian mengasuh yang paling susah iaitu tidak tidur malam, dia tidak kisah dengan semua itu.

"Ethel pula sudah boleh tidur pada waktu yang ditetapkan. Lily begitu seronok dan teruja menjadi seorang ibu dan merancang ingin menambah anak lagi. malah, kalau boleh dia ingin memenuhi ruang rumahnya bersama suami, Sam Cooper, dengan anak-anak mereka," kata sumber kepada majalah Closer.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain