suria

Putus Cinta, Vokalis Maroon 5 Botakkan Kepala

Adam dan bekas kekasihnya, Anne.
Adam dan bekas kekasihnya, Anne.
Adam dan bekas kekasihnya, Anne.

MEMBOTAKKAN kepala selepas putus cinta sering dianggap sebagai luahan patah hati bagi seseorang lelaki dan itu dilakukan oleh vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine.

Seperti dilaporkan oleh Dailymail, Adam tampil dengan rambut baru itu saat muncul dalam rancangan NBC Show pada Isnin lalu.

Walaupun penampilan barunya itu kelihatan lebih tua daripada usianya yang baru mencecah 33 tahun, Adam tidak kisah dengan pandangan itu sebaliknya memberitahu selesa dengan gaya itu.

Adam dan kekasihnya iaitu model Anne Vyalitsyna dilaporkan berpisah secara rasmi beberapa hari lalu dan dalam satu kenyataan mereka memberitahu sepakat membuat keputusan itu demi kebaikkan mereka.

Sebelum ini, kedua-dua mereka telah menjalinkan hubungan selama dua tahun dan pernah muncul dalam majalah Vogue edisi November 2011.

Artikel Lain