suria

Rihanna Taksub Pada UFO

Rihanna
Rihanna
Rihanna

LOS ANGELES: Penyanyi Rihanna membuat pendedahan bahawa dia pernah taksub untuk melihat objek terbang yang tidak dikenalpasti (UFO) pada suatu ketika dulu tetapi tidak pernah berpeluang untuk menyaksikannya.

Bintang berusia 24 tahun itu berkata, dia dan bapanya Ronald Fenty sering duduk di depan pintu rumah mereka di Bridgetown, Barbados sambil melihat ke arah langit, di mana bapanya akan bercerita mengenai aktiviti di ruang angkasa.

“Saya dan ayah selalu duduk berbual di tangga beranda rumah kami dan merenung ke arah langit untuk melihat UFO. Saya melakukan rutin itu selama bertahun=tahun.

“Tetapi saya langsung tidak pernah melihat UFO kecuali tahi bintang dan saya tunjukkan kepada ayah,” katanya seperti dipetik laman femalefirst.co.uk.

Artikel Lain