suria

Lionel Richie Takut Hilang Suara

Lionel Richie
Lionel Richie
Lionel Richie

LONDON: Penyanyi lagenda Lionel Richie mengakui dia berasa panik setiap kali menjalani pembedahan tekak kerana bimbang akan kehilangan suaranya.

“Saya sudah menjalani pembedahan tekak sebanyak tiga kali kerana masalah peti suara.

"Setiap kali selepas pembedahan selesai, saya akan terfikir siapa diri ini sebenarnya tanpa kelebihan vokal yang dimiliki ini. Sebagai artis, saya dikenali menerusi vokal,” katanya ketika ditemui pada program Piers Morgan Tonight.

Laman web dailystar.co.uk melaporkan, penyanyi berusia 62 tahun itu masih berdepan kebimbangan setiap kali hendak mengadakan persembahan pentas kerana dia berasa seolah vokalnya semakin berubah.

“Jika diimbas semula, ketika anda memulakan kerjaya nyanyian, ia adalah vokal yang muda. Apabila usia semakin meningkat, anda pasti tidak boleh mengekalkan ton suara yang sama dari umur 19 hingga 45 tahun, sekaligus memaksa anda untuk menurunkan nada muzik.

“Apabila usia mencecah 50 dan 60 tahun, anda terpaksa menurunkan nada muzik sepenuhnya. Dalam erti kata lain, kualiti vokal anda sudah tidak sehebat di awal pembabitan sebagai penyanyi,” katanya.

Artikel Lain