Jari Madonna Patah Ketika Latihan Konsert - Hiburan | mStar

Jari Madonna Patah Ketika Latihan Konsert

Madonna
Madonna

LONDON: Superstar Madonna dilaporkan mengalami kecederaan yang mengakibatkan salah satu daripada jarinya patah ketika menjalani latihan untuk siri jelajah promosi album terbarunya.

Laman web contactmusic.com melaporkan, penyanyi itu bekerja keras untuk siri konsert promosi yang akan bermula di Israel pada Mei depan.

"Jari saya patah kelmarin. Jari kelingking saya terlipat ke atas," katanya menerusi kemas kini Twitter.

Madonna turut memuat naik gambar jarinya yang patah itu di laman sosial tersebut.

Terdahulu, penyanyi lagu Take A Bow itu berkongsi dengan peminatnya gambar-gambar yang memaparkan kecederaan pada kaki dan luka di bibir akibat sesi latihan berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Justin Bieber Beli Rumah RM18.6 Juta

Artikel Berkaitan

default image

Emma Watson Masuk Penjara

default image

Aidil Zafuan Nafi Tak Jenguk Anak

Artikel Lain