suria

Johnny Depp Bermalam Di Apartmen Ashley Olsen

Johnny Depp.
Johnny Depp.
Johnny Depp.

AKTOR kacak, Johnny Depp yang baru sahaja berpisah dengan kekasihnya iaitu Vanessa Paradis dilaporkan sudah bertemu pengganti apabila dia kelihatan menghabiskan masa di apartmen milik pelakon Ashley Olsen baru-baru ini.

Dilaporkan oleh The Hollywood Gossip, berita itu tersebar apabila Depp kelihatan menyelinap memasuki apartmen pelakon itu dengan cuba mengelirukan sekumpulan paparazi yang mengekorinya.

Dia dikatakan telah memasuki pusat membeli belah yang terletak bersebelahan dengan apartmen milik Ashley dan membiarkan paparazi mengekorinya sebelum menghilangkan diri.

Menurut saksi, Depp kelihatan agak cemas dan cuba melarikan diri apabila menyedari sekumpulan paparazi mengekorinya.

Petugas di gedung itu juga memberitahu, Depp bagaimanapun berjaya memasuki apartmen Ashley dan hanya keluar daripada tempat itu keesokan harinya.

Depp sebelum ini bercinta dengan Vanessa sejak tahun 1998 dan mereka menetap di bahagian selatan Perancis serta mempunyai dua anak iaitu Lily-Rose, 12, dan Jack yang berusia sembilan tahun.

Menurut laporan People.com, pencapaian luar biasa aktor itu dalam bidang lakonan telah menimbulkan ketegangan pada rumah tangga mereka sehingga dipercayai mereka tinggal berasingan.

“Sepanjang tempoh tujuh tahun yang diambil Vanessa untuk mengeluarkan beberapa album dan filem, Depp juga sibuk dengan watak Captain Jack Sparrow (bagi filem francais filem Pirates of the Caribbean sehingga merenggangkan mereka,” kata satu sumber.

Artikel Lain