suria

Lindsay Lohan Hadapi Tahanan Dalam Rumah

Lindsay Lohan.
Lindsay Lohan.
Lindsay Lohan.

PELAKON bermasalah, Lindsay Lohan sekali menerima hukuman tahanan dalam rumah selepas insiden langgar lari terhadap seorang pengurus sebuah kelab baru-baru ini.

Menyangkal pembabitannya dalam kejadian itu, Lindsay tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut dan menurut perintah yang dikeluarkan terhadapnya.

Dalam kejadian tersebut, mangsa mendakwa Lindsay cuba mengundurkan kereta miliknya sebelum melanggar dan melarikan diri daripada tempat kejadian.

Menurut bintang Mean Girls itu, ketika kejadian dia berada di sebuah pusat khidmat masyarakat bagi melunaskan hukuman terdahulu yang diterimanya.

Artikel Lain