Girls’ Generation, Nicole Scherzinger Tiba Untuk Konsert F1 Malaysia - Hiburan | mStar

Girls’ Generation, Nicole Scherzinger Tiba Untuk Konsert F1 Malaysia

Nicole Scherzinger
Nicole Scherzinger

PETALING JAYA: Kunjungan penyanyi Australia Kylie Minogue dan gitaris wanita Orianthi pada Petronas Malaysian Grand Prix 2012 hujung minggu ini yang dibatalkan pada saat-saat akhir terubat dengan kehadiran kumpulan dari Korea, Girls’ Generation dan Nicole Scherzinger.

Kedua-dua penyanyi itu akan mengadakan persembahan di ruang legar Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Jumaat ini.

Kedatangan Scherzinger ke sini adalah kali yang ketiga selepas dua kali muncul bersama bekas kumpulannya, The Pussycat Dolls.

Difahamkan, pembatalan kunjungan Minogue adalah berpunca daripada isu kontrak antara penganjur Petronas Malaysian Grand Prix dan pemilik francais F1 Rocks, Enterprise Entertainment Ltd yang beribu pejabat di London.

Sumber-sumber memberitahu The Daily Chilli, Girls’ Generation dan Scherzinger baru sahaja mengikat kontrak untuk menghiburkan 70,000 penonton pada konsert F1 Malaysia.

Bintang R&B dari Amerika Syarikat, Kelis yang dijadualkan membuat persembahan pada Sabtu ini bakal tiba di ibu negara pada Jumaat.

Konsert F1 kini dikenali sebagai Twin Towers @Live 2012.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain