suria

Rihanna Gembira Raikan Hari Jadi Nenek

Rihanna
Rihanna
Rihanna

NEW YORK: Penyanyi Rihanna sempat berkongsi dengan peminat mengenai kehidupan peribadinya di rumah apabila dia dilaporkan memuat naik gambar-gambar sambutan hari lahir neneknya di Twitter pada Sabtu lalu (waktu tempatan).

Bintang pop itu memasak hidangan untuk neneknya, Dolly Brathwaite di kediamannya di Brooklyn, di sini, dan memberikan hadiah berupa kek istimewa kepadanya.

Rihanna berkongsi sambutan majlis itu dengan para peminat menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Internet, termasuk sekeping gambar yang menyaksikan dia menyolek wajah neneknya.

Penyanyi remaja itu turut berkongsi kegembiraannya pada majlis itu melalui kemas kini status di Twitter yang berbunyi, “Datuk saya: ‘Robyn (Rihanna) bagaimana awak boleh kerap menukar warna rambut daripada merah, kepada krim dan hitam sebab awak tidak memakai rambut palsu!!! Saya: Ketawa guling-guling di lantai (tanpa sepatah kata).”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain