suria

Kehidupan Hugh Grant Berubah Sejak Menjadi Bapa

Hugh Grant
Hugh Grant
Hugh Grant

LOS ANGELES: Aktor British Hugh Grant berkata pengalaman bergelar bapa telah mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Bintang filem Notting Hill itu mencuri tumpuan media pada November tahun lalu apabila dia mendedahkan bahawa dia mempunyai seorang anak perempuan berusia sebulan, hasil hubungan dengan kekasih juga bekas peragawati Tinglan Hong.

Bapa kepada bayi bernama Tabitha itu berkata kepada majalah Guardian, “Saya berasa sedikit emosional ketika mula-mula melihatnya (Tabitha).

"Ramai yang berkata, tempoh selepas kelahiran bayi tidak menyeronokkan, tetapi saya begitu teruja. Saya sangat menyukai anak saya. Ia pengalaman yang hebat.

"Adakah dia telah mengubah hidup saya? Itu saya tidak pasti tetapi saya sangat teruja kerana mempunyai anak sendiri. Saya berasa seolah menjadi orang yang lebih baik."

Laman web contactmusic.com melaporkan, Grant berkata dia akan menerapkan disiplin pada anak perempuannya dari awal usia lagi.

“Disiplin sangat penting. Saya berbangga mendapat didikan seorang ibu yang tegas pada aspek disiplin.

"Ini kerana anda tidak akan mencapai sesuatu tanpa disiplin diri,” katanya. - IANS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain