suria

Julia Roberts Larang Anak Tonton Filem Lakonannya

Julia Roberts.
Julia Roberts.
Julia Roberts.

MENGETAHUI filem lakonannya ditonton oleh jutaan peminat di seluruh dunia ia adalah satu perkara yang begitu membanggakan buat seorang pelakon.

Namun bagi pelakon terkenal iaitu, Julia Roberts, 44, dia telah melarang anak-anaknya menonton apa juga filem yang dibintanginya sebelum ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini memberitahu dia telah meletakkan peraturan ketat dalam soal pemilihan filem yang sesuai untuk tontonan anak-anaknya.

Malah, dia bimbang jika anak-anaknya terkejut apabila melihat aksinya sebagai wanita jahat dalam filem Mirror Mirror.

"Rasanya mereka terlalu muda untuk menonton semua peranan yang pernah saya bawa sebelum ini," ujarnya.

Julia berkata, dia lebih senang apabila melihat anak-anaknya membaca buku dan mengakui sering menghabiskan masa bersama mereka untuk membaca.

Artikel Sebelum

Artikel Lain