suria

Katy Perry Tayang Kekasih Baru

Baptiste Giabiconi (kiri) dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan Perry. Kedua-dua mereka kelihatan hadir ke Minggu Fesyen Paris untuk Chanel baru-baru ini.

KATY Perry nampaknya tidak menunggu lama untuk mencari pengganti bekas suaminya, Russell Brand apabila dilaporkan sedang berpacaran dengan seorang model dari Perancis.

Penyanyi yang popular dengan lagu Part of Me ini telah mempamerkan kekasihnya bernama Baptiste Giabiconi pada Minggu Fesyen Paris untuk Chanel.

Giabiconi yang baru berusia 22 tahun itu dikhabarkan telah mengenali Katy sejak tahun lalu dan namanya di Paris cukup terkenal sebagai model yang mendapat bayaran paling tinggi.

Uniknya menurut The Sun, Giabiconi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika Katy bercerai dengan Russell dia akan menikahi wanita itu.

Artikel Lain