suria

Hubungan Cinta Eva Longoria-Eduardo Cruz Putus

Eva Longoria dan bekas kekasihnya, Eduardo Cruz.
Eva Longoria dan bekas kekasihnya, Eduardo Cruz.
Eva Longoria dan bekas kekasihnya, Eduardo Cruz.

HUBUNGAN cinta pelakon Eva Longoria dan kekasihnya iaitu Eduardo Cruz yang berlangsung selama setahun dilaporkan sudah putus di tengah jalan.

Seperti dilaporkan Us Weekly, pasangan itu mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan mereka kerana kesibukan kerjaya masing-masing yang membatasi masa mereka bersama.

Baik Eva atau pun adik kepada Penelope Cruz itu, mereka memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya mereka tetapi berjanji untuk kekal sebagai kawan.

"Ini adalah keputusan paling terbaik buat mereka berdua kerana kekangan waktu bersama kerana kesibukan kerja akan merosakkan hubungan itu di kemudian hari," ujar sumber terdekat pasangan itu.

Kedua-dua mereka sebelum ini pertama kali bertemu di sebuah pesta selepas Eva bercerai dengan suami keduanya iaitu Tony Parker.

Artikel Lain