Sazali P.Ramlee Dapat RM10,000 Untuk Teruskan Hidup - Hiburan | mStar

Sazali P.Ramlee Dapat RM10,000 Untuk Teruskan Hidup

Sazali P. Ramlee (tengah) menerima sumbangan sebanyak RM 10,000 daripada Timblaan Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH.
Sazali P. Ramlee (tengah) menerima sumbangan sebanyak RM 10,000 daripada Timblaan Menteri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH.

PETALING JAYA: Anak angkat kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali, 53, pada Ahad menerima wang sumbangan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah RM10,000 sebagai yang prihatin terhadap kesusahan yang dialaminya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad.

Maglin ketika ditemui berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan seniman yang kurang bernasib baik dan akan terus membantu mereka dari masa ke semasa.

Katanya, bantuan itu adalah daripada pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang digunakan di bawah bantuan am kementerian.

"Kita sentiasa mengambil perhatian mengenai aduan yang dibuat oleh persatuan seperti Seniman mengenai keadaan semasa industri dan jika terdapat sebarang masalah yang boleh dibantu kita sedia berbuat demikian," ujarnya.

Dalam pada itu Sazali berkata, dia berasa amat terharu dengan keperihatinan kerajaan terhadap nasib malang yang menimpanya.

Ujarnya, dia bersyukur dengan bantuan itu dan berharap dapat digunakan untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapi.

"Tiada kata lain selain Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian dan saya amat menghargai sumbangan ini," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Zed Zaidi ketika telah menghantar surat sokongan kepada pihak kementerian mengenai masalah menimpa Sazali dan gembira apabila bantuan disalurkan dengan segera.

"Seniman menghantar surat sokongan memohon bantuan kepada Sazali yang kini terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

"Alhamdulilah permintaan kami telah diluluskan dengan segera oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim," ujarnya.

Media baru-baru ini melaporkan tentang nasib Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu di Semenyih, Selangor, telah hilang sumber pendapatan akibat kemalangan jalan raya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL