suria

KRU Music Bawa Masuk Anji

PETALING JAYA: Selepas pelancaran single lagu Jaclyn Victor berjudul Sebelah Jiwaku, KRU Music terus muncul dengan produk baru dengan single lagu Berhenti Di Kamu nyanyian Anji.

Bekas vokalis kumpulan Drive ini pernah tampil dengan single pertama berjudul Ternyata Cinta yang berjaya menduduki tempat pertama di carta 120 radio popular di Indonesia selama 3 minggu berturut-turut.

Menurut Timbalan Presiden KRU Music, KC Ismail, sejak Januari lalu, syarikat rakaman itu membuat edaran produk-produk dari luar terutamanya dari Indonesia dan merasakan muzik dari seberang masih mempunyai peminatnya.

"Kami tidak melihat negara mana datangnya muzik itu, kalau muziknya bagus, ia harus dinikmati semua.

“Saya sudah mengikuti Anji sejak beliau bersama Drive lagi. Anji mempunyai karakter vokal dan personaliti yang menarik. Beliau juga antara artis solo lelaki yang semakin meningkat naik di Indonesia." katanya.

Berhenti Di Kamu adalah sebuah lagu yang dicipta oleh Dewik dan Pay, komposer yang tidak asing lagi di Indonesia. Bukan seperti kebiasaan, mereka menyerahkan kepada Anji sendiri untuk memberikan tajuk kepada judul lagu itu.

Beritahu KC, terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi pada peringkat awal dalam menerbitkan single tersebut. Lagu ini dikategorikan sebagai tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk konsep album Anji yang berjudul Luar Biasa.

Setelah melalui proses pengolahan beberapa kali, maka terhasillah alunan melodi yang lebih menarik dan memberi kesan kepada jalan cerita Berhenti Di Kamu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau Facebook serta youtube MTV Berhenti Di Kamu - Anji.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain