Noraniza Idris Nazar Pulut Kuning Untuk Kurus - Hiburan | mStar

Noraniza Idris Nazar Pulut Kuning Untuk Kurus

Noraniza bersama produk Tahitian Noni.
Noraniza bersama produk Tahitian Noni.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noraniza Idris telah bernazar untuk menghantar pulut kuning ke masjid di kawasan perumahannya jika berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan.

Noraniza yang lebih mesra dengan sapaan Kak Ani berkata, nazar itu dibuat selepas membaca sebuah artikel dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu yang mengatakan berat badannya telah meningkat.

"Sebelum ini Kak Ani sedar yang berat badan telah meningkat sebanyak 12 kilogram tetapi tidak membuat apa-apa mengenainya. Bagaimanapun selepas membaca artikel berkenaan, ia telah memberi kesedaran kepada Kak Ani untuk melakukan sesuatu.

"Atas dasar itu juga Kak Ani bernazar sekiranya dapat menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan, Kak Ani nak hantar pulut kuning ke masjid," ujarnya kepada mStar Online tanpa mahu mendedahkan beratnya sekarang.

Noraniza ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan produk Tahitan Noni di Mid Valley dekat sini, pada Rabu.

Penyanyi lagu "Awalah Dondang" itu turut menolak tekan teki kononnya sedang hamil ekoran penambahan berat badan itu namun tidak akan menolak sekiranya diberikan rezeki daripada Allah terhadap perkahwinan barunya itu.

Ujar Noraniza, penambahan berat badannya itu berlaku apabila dia terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sehingga tidak mengambil berat mengenai kesihatan.

"Sebelum ini Kak Ani aktif bersenam atau pun menjalani latihan tarian tetapi sekarang agak sibuk dengan urusan syarikat bersama suami termasuklah kadang kala perlu menyiapkan kertas kerja sehingga lima pagi.

"Dari situ juga tabiat pemakanan Kak Ani berubah apabila sering makan pada tengah malam yang telah menyumbang kepada peningkatan berat badan," ujarnya.

Tambah beliau, anak sulungnya, Aliff yang bekerja sebagai jurulatih peribadi disebuah pusat kesihatan turut menawarkan diri untuk membantunya mencapai berat badan ideal.

Sementara itu, pada majlis sama, Noraniza turut mempromosikan produk Tahitian Noni yang menghasilkan jus mengkudu daripada Amerika Syarikat yang sangat berkesan untuk mengubati penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.

Noraniza berkata, walaupun tidak bertindak sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dia terpanggil untuk mempromosikan Tahitian Noni kerana telah mencuba sendiri produk berkenaan yang meninggalkan kesan cukup baik.

"Saya sebelum ini agak kurang percaya dengan produk-produk makanan tambahan tetapi selepas mencuba beberapa produk keluaran Tahitian Noni ini, saya mendapati ia memberikan kesan yang amat baik terhadap kesihatan saya," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain