suria

Jennifer Garner Lahir Anak Lelaki

Jennifer Garner.
Jennifer Garner.
Jennifer Garner.

SETELAH beberapa bulan menanti, akhirnya kehidupan Ben Affleck lengkap apabila isterinya pelakon Jennifer Garner selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa di Santa Monica.

Majalah People melaporkan berita gembira itu diumumkan oleh sumber terdekat pasangan itu dan memberitahu kelahiran itu menjadi pelengkap kepada keluarga mereka yang sebelum ini mempunyai dua anak perempuan iaitu Seraphina (3 tahun) dan Violet (6 tahun).

Jennifer sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada bulan Ogos tahun lalu dan enggan mendedahkan jantina anaknya namun dapat dihidu oleh pihak media bahawa kandungan itu adalah bayi lelaki.

"Rasanya aneh mengetahui saya bakal melahirkan seorang anak lelaki tetapi ia bakal menjadi pengalaman hebat buat saya," ujarnya ketika diwawancara oleh Ellen DeGeneres.

Bagi Ben, kehadiran bayi lelaki ini adalah berita gembira buatnya kerana memang mengimpikan seorang anak lelaki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain