suria

'Foster The People' Bakal Terbit Album Baru

KUMPULAN Foster The People yang baru sahaja mengadakan sebuah konsert khas untuk para peminat mereka di Malaysia Januari lalu dilaporkan bakal muncul dengan album kedua pada awal tahun depan.

Salah seorang ahli kumpulan itu, Mark Foster berkata, album itu sedang dalam pembikinan dan mereka sibuk mencari material untuk para peminat.

"Kami masih dalam peringkat awal proses pembikinan album ini dan harap-harap dapat mengeluarkannya menjelang awal tahun depan," ujarnya kepada NME.

Tambahnya, untuk album itu nanti mereka akan mengekalkan proses rakaman secara analog dan tidak terlalu bergantung harap kepada teknik digital.

"Ia akan menjadi satu evolusi dalam industri hiburan dan paling penting disukai peminat," jelasnya.

Foster The People mula dikenali apabila single pertama mereka, Pump Up kicks mendapat sambutan hebat daripada peminat di seluruh dunia menerusi album pertama mereka, Torches.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain