suria

Rihanna Dikecam Kerana Berbaik Dengan Chris Brown

Rihanna.
Rihanna.
Rihanna.

PENYANYI Rihanna yang popular dengan lagu Umbrella dikecam hebat oleh peminatnya selepas dia membuat keputusan bertaut semula dengan kekasihnya Chris Brown.

Menerusi lawan Twitter, para peminat penyanyi itu melemparkan kata-kata negatif terhadapnya ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi kesayangan mereka itu.

"Saya sudah hilang rasa hormat kepada Rihanna dan dia tidak sepatutnya berbaik dengan Chris," kata salah satu Twitter yang membantah hubungan tersebut.

Rasa kecewa peminatnya bertambah hebat apabila Rihanna mengundang Chris menghadiri majlis hari jadinya pada 13 Februari lalu dan pasangan itu berduet menerusi sebuah lagu milik Rihanna berjudul Birthday Cake.

Pasangan ini berpisah setelah Chris dilaporkan menyerang Rihanna secara fizikal pada 2009 hingga menyebabkan dia cedera pada wajahnya.

Mentor Rihanna, Jay-Z juga dilaporkan tidak senang dengan tindakan protogenya itu berbaik dengan Chris kerana menganggap tindakan lelaki tersebut tidak boleh dimaafkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain