suria

Pembatalan Konsert : Erykah Badu Terima Keputusan Dengan Sedih

Erykah Badu tidak dapat menahan kesedihan apabila konsertnya pada Rabu malam (malam ini) dibatalkan.
Erykah Badu tidak dapat menahan kesedihan apabila konsertnya pada Rabu malam (malam ini) dibatalkan.
Erykah Badu tidak dapat menahan kesedihan apabila konsertnya pada Rabu malam (malam ini) dibatalkan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu tidak akan melupakan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 41 pada Ahad lalu menjadi peristiwa sedih apabila kerajaan negara ini mengarahkan konsertnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Rabu (hari ini) dibatalkan.

Penyanyi itu memberitahu, perjalanannya ke negara ini dengan jarak yang jauh diharap boleh memberi kegembiraan kepadanya dan peminat apabila dapat beraksi dalam Konsert 'Erykah Badu Live in KL' tetapi sayang sekali hasrat itu tidak dapat dilaksanakan.

“Saya mahu bergembira untuk meraikan ulang tahu hari lahir saya dan mengadakan sebuah konsert tetapi sayang sekali, ini (pembatalan konsert) yang terjadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Rabu.

Konsert berkenaan dibatalkan apabila penyanyi itu dikatakan telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Ia menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia selepas gambarnya dengan tulisan kalimah Allah disiarkan sisipan Star Two, akhbar The Star Isnin lalu.

Akhbar berkenaan menerusi portal dalam taliannya pada Isnin bagaimanapun telah memohon maaf kepada pembaca dan seluruh umat Islam kerana kesilapan menyiarkan gambar tersebut.

Selain Malaysia, penyanyi itu akan mengadakan siri penjelajahannya ke Indionesia dan Australia.

Erykah Badu atau nama sebenarnya Erica Abi Wright berkata, kalimah berkenaan adalah sekadar lukisan dan bukannya tatu kekal yang dibuatnya untuk menghargai sesebuah agama selain menganggap ia sebagai artistik.

Ia dilukis berinspirasi filem The Holly Mountain arahan Alejandro Jodoresky pada tahun 1973 yang menghargai sesebuah agama.

Apa yang dilakukan itu katanya sebagai menghargai sesebuah agama dan perkara itu tidak menyalahi peraturan di negaranya.

Bagaimanapun beliau terpaksa menerima hakikat setiap peraturan di sesebuah negara itu adalah berbeza.

“Saya menganggap lukisan kalimah itu sebagai artistik. Saya tidak menyangka ia adalah salah di negara ini. Tetapi saya hormat dengan segala keputusan yang dibuat sehingga konsert ini dibatalkan,” ujarnya.

Bagaimanapun ujarnya, kunjungan pertama kalinya ke Malaysia memberi pengalaman berbeza kerana beliau begitu kagum dengan sokongan para peminatnya.

“Saya hargai peminat-peminat saya dan saya tidak akan lupakan tarikh 29 Februari 2012 dalam diri saya ini,” jelasnya.

Sementara itu Pengarah Urusan Pineapple Concert Sdn Bhd, Razman Razali yang menguruskan kemasukan artis tersebut memberitahu, separuh daripada tiket menyaksikan konsert berkenaan telah dijual kepada orang ramai.

Walaupun sedih dengan keputusan berkenaan pihaknya terpaksa menerima hakikat pembatalan konsert tersebut walaupun rayuan telah dibuat kepada pihak Puspal.

“Kami agak kesal dengan apa yang berlaku tetapi kami menerima keputusan yang dilakukan oleh pihak kerajaan,” jelasnya.

Razman berkata, orang ramai yang membeli tiket boleh menuntut semula bayaran yang telah dibuat daripada airasiaredtix.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain