suria

Jennifer Aniston Bakal Kahwin Hujung Tahun Ini

Jennifer Aniston.
Jennifer Aniston.
Jennifer Aniston.

SEJAK bercerai dengan bekas suaminya, Bard Pitt, Jennifer Aniston dilihat serik untuk berkahwin semula.

Namun sejak menjalinkan hubungan dengan kekasih barunya iaitu, Justin Theroux, pendiriannya mula berubah.

Daily Mail melaporkan, bintang siri Friends itu dikhabarkan sudah bersedia untuk kembali berumah tangga apabila memberitahu teman rapatnya akan berkahwin pada hujung tahun ini.

Malah sejak mengumumkan hubungan mereka kepada media, pasangan ini sering tampil di khalayak tanpa berselindung.

"Dia yakin dengan pilihannya kali ini dan memberitahu akan berkahwin pada hujung tahun nanti," ujar salah seorang teman rapat pelakon itu.

Bagaimanapun, walaupun sering kelihatan bersama, Jennifer, 43, jarang menunjukkan kemesraannya bersama kekasih namun buat pertama kalinya pasangan itu berkucupan mesra saat Justin hadir dalam sebuah acara di Hollywood.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain